Sale
CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO

CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO

RM27.00 RM22.00
Qty:  
ISBN: 9789670707426
Availability: In Stock

Available Options


* Extra Shipping Fee:

Karya: ERY AIERIL

ISBN: 978-967-0707-42-6

 

Preview Bab Awal Novel Ini

 

Sinopsis:

Pertemuan jejaka dengan gadis itu memang bukan satu permulaan yang baik. Walaupun mempunyai ‘sesuatu’ kegemaran yang sama, namun ada saja yang didebatkan demi membela diri. Tapi orang kata, kalau gaduh itu tandanya jodoh makin kuat. Benarkah? OMG! Tak mampu kedua-duanya membayangkannya.

Liyana ingat pertemuan pada hari itu adalah pertemuan terakhir. Tapi mereka ditakdirkan untuk mempunyai ‘hubungan’ yang tak pernah sesiapa menduga. Demi menunaikan hasrat orang tua, akhirnya Liyana menyerah diri untuk menyelamatkan lelaki itu.

“Siapa dia? Kenapa dia tolong aku? Di mana aku nak mencari dia?”

Jejaka itu tercari-cari insan yang menyelamatkannya. Namun bagi Liyana, biarlah hanya dia saja yang tahu pengorbanan yang dilakukannya. Niatnya ikhlas, dan sekali gus menebus kesalahannya atas pertelingkahan mereka pada awal perkenalan mereka dahulu.
Liyana sudah mula menyukai jejaka itu, namun dia nekad biarlah rasa cinta itu timbul kerana dirinya, bukan kerana jasa yang pernah diberikan. Namun, adakah jejaka itu juga mencintainya dan akan memperisterikan dirinya? Liyana serahkan semuanya pada takdir Allah.

“Ada apa dengan kau perempuan sampai aku berjaya sukakan kau? Apa keistimewaan kau sampai aku tergila-gila dekat kau?”

Pertemuan demi pertemuan yang berlaku menyebabkan Fariz rasa bimbang dengan perasaannya terhadap gadis itu. Cuba dielak, kerana memikirkan standard dirinya dengan gadis itu, namun dia tak berdaya apabila gadis itu sering saja muncul di depan mata bersama senyuman ikhlasnya. Cintakah tandanya? Adakah ‘dia’ juga rasa begitu atau hanya Fariz merasakannya sendirian?

ERY AIERIL merupakan penulis comel dan berjiwa kreatif yang berusia 22 tahun ini berasal dari Simpang Renggam, Johor. Dengan berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan, Ery Aieril berharap dapat terus menghasilkan novel yang lebih baik dan bermutu pada masa akan datang. Setakat ini penulis bercadang menceburi bidang ini sebagai kerjaya sampingan namun jika ditakdirkan kerjaya seorang penulis ini menjadikannya sebagai kerjaya tetap, dengan hati yang terbuka, segaris senyuman menghiasi bibir. Penulis selalu mengingatkan dirinya bahawa jadilah diri sendiri. Jangan mengikut telunjuk orang lain.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:





Panel Tool

Reset