DIA BUKAN P.L.U!

RM24.00
Qty:  
Penulis: ANI MJ, PLU, DIA, BUKAN, P.L.U.
ISBN: 9789670707518
Availability: In Stock

Available Options


* Extra Shipping Fee:

“Tak! Aku tak cintakan Eisya. Tak mungkin. Aku tak ada perasaan langsung dengan perempuan!”

Berkali-kali Fariesh cuba memarahi dirinya setiap kali dia terasa perasaan yang lain macam terhadap Eisya, gadis yang ditemuinya itu. Fariesh rasa perasaan itu namanya cinta, namun dia cuba menidakkannya.

Dek peristiwa pahit yang lalu, dia tak kisah sekiranya orang menggelarkan dia gay. Baginya, dia lebih rela begitu daripada menerima hukuman seperti pernah diterimanya dulu gara-gara berteman rapat dengan insan bergelar perempuan.

Pertemuan dengan Ainul Eisya bermula apabila Fariesh menjadi penyebab gadis itu kematian ayahnya lantas hidup sebatang kara tanpa saudara-mara. Demi menebus rasa bersalah itu, Fariesh nekad menerima Eisya sebagai teman hidupnya. Meskipun baginya perkahwinan mereka bukan berlandaskan cinta, namun Fariesh sedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Dengan ikatan perkahwinan yang baru bermula, tiba-tiba muncul seorang lelaki dalam hidup mereka.

“Saya dengan Ainul pernah bercinta. Dan dia adalah bekas kekasih saya.”

“Kurang ajar!!! Berani kau!!!”

“Kenapa awak nak marahkan saya sedangkan awak yang rampas Ainul daripada saya? Saya hanya menyatakan kebenaran.”

Kemunculan lelaki itu membuatkan Ainul Eisya keliru. Fariesh pula, sudah mula terbit perasaan cemburu. Dan dia juga sudah kenal apa itu cinta.

Namun… adakah Fariesh dan Ainul Eisya mampu bertahan dengan setiap ujian yang datang? Mampukah Ainul Eiysa menerima kenyataan tentang siapa suaminya yang sebenar?

“Abang berjaya memperbodohkan Eisya. Eisya selama ni terlalu percaya pada abang, tapi abang dengan senang-senang boleh pula mempermainkan perasaan Eisya. Kenapa abang pilih Eisya untuk penipuan abang tu? Tak puas tengok Eisya menderita? Atau hidup Eisya selama ni memang untuk abang buat sesuka hati?”

ANI MJ

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:





Panel Tool

Reset