Sale
KHAIRIZAL : A LOVE STORY

KHAIRIZAL : A LOVE STORY

RM22.00 RM17.00
Qty:  
ISBN: 9789670707457
Availability: In Stock

Available Options


* Extra Shipping Fee:

KHAIRIZAL: A LOVE STORY - NURAQILAH SYUHAIDA

“Abang, mana abang pergi selama ni? Rina rindu abang... Rindu sangat-sangat...”

 

Selepas  kehilangan insan yang tersayang, Khai berubah menjadi dirinya yang dulu, iaitu seorang tomboi. Baginya, lebih baik dia mencari punca kehilangan suaminya meskipun terpaksa bertindak sendirian! Ya, Khai berani melakukannya. Demi menuntut kebenaran yang tiada siapa dapat merungkaikannya.

 

Namun, tak mungkin Khairul dan Azman akan membiarkan Khai bertindak sendirian. Dengan bantuan mereka, Khai semakin menghampiri kepada kebenaran. Sehinggalah, mereka terjumpa ‘seseorang’ yang menyebabkan agenda mereka terkendala. Kehadiran Alif menyebabkan mereka musykil. Agenda mereka terutamanya Khai jadi terpesong semenjak hadirnya lelaki itu.

 

“Aku perasan sesuatulah, Khai.”

 

“Apa dia?”

 

“Muka kau macam perempuan. Kalau rambut kau panjang sikit mesti kau dah jadi perempuan.”

 

Kehadiran Alif membuatkan hati Khai yang sedang berduka, terubat sedikit rasa kerinduan terhadap suaminya. Adakah Alif mampu menggantikan Rizal dalam hatinya? Atau kehadiran Alif harus disembunyikan daripada pengetahuan sesiapapun agar lelaki itu tidak menjadi mangsa sepertimana Rizal menjadi mangsa?

 

“Aku cintakan kau! Hati aku jadi tak keruan sejak pertama kali aku pandang kau dekat kampung. Walaupun masa tu aku belum tahu kau perempuan. Aku tak pernah ada perasaan macam ni pada sesiapa pun.”

Penulis muda tetapi berbakat ini juga dikenali sebagai E-la Adiey dalam laman sesawang.

Dilahirkan di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 20 Jun.

Menurutnya, beliau sangat meminati novel bergenre cinta dan aksi.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:





Panel Tool

Reset