Sale
BUKAN AKU, TAPI DIA

BUKAN AKU, TAPI DIA

RM25.00 RM20.00
Qty:  
ISBN: 9789670707327
Availability: In Stock

Available Options


* Extra Shipping Fee:

Karya: ANNASS NURAZMI

ISBN: 978-967-0707-32-7

 

Preview Bab Awal Novel Ini

 

Sinopsis:

“Di mata saya awak seorang gadis yang menarik, Imza. Senyuman awak manis sekali. Saya ni ikhlas nak kawan dengan awak.”

“Saya pun ikhlas  tak nak kawan dengan awak. Janganlah nak buai perasaan saya. Saya ni bukan jenis perempuan yang cepat perasan.”

Sukarnya nak memenangi dan memujuk hati gadis bernama Imza. Mengapa susah sangat gadis misteri itu nak balas cinta aku? Seperti dalam hatinya sudah wujud tembok dan sudah diisi oleh insan lain. Adakah aku kenal gerangan lelaki istimewa dalam hatinya itu? Sungguh... aku tak dapat meneka. – Philip

“Sebab malamlah saya telefon awak. Tak boleh tidur ni, asyik teringat kat awak. Serius!”

“Peduli apa saya walau lima puluh juta kali awak cakap serius.”

“Wah, Imza! Awak ni betullah tak ada perasaan. Masakan awak langsung tak tergugat dengan kekacakan saya? Dahlah tu, saya ni macho, tough, pendek kata segala macam kelebihan ada pada saya.”

“Pendek mana yang kata? Hah, pergilah kepada pendek yang kata tu. Saya tak kata apa-apa.”

Aduh! Kenapalah lelaki ni tak faham bahasa?! Dia ingat aku tak tahu. Dia dekati aku dengan niat yang lain! Jangan fikir aku boleh tertipu la. Kalau kau syok kat aku pun, kau dah salah perempuan. Hati aku ni dah dimiliki orang lain. Hanya si dia yang aku pandang setiap hari. Tapi… kenapa si dia buat macam tak tahu? Padahal riak wajah dan pandangan mata aku sudah menjelaskan segala-galanya. – Imza.

Dalam perjalanan untuk mendekati Imza, dia menemukan pelbagai kejadian yang pelik. Sehingga keinginannya kuat untuk mengetahui maksud di sebalik kejadian-kejadian itu. Dan akhinya dia membuat keputusan untuk memilih cinta yang ‘abadi’, daripada terus berharap pada cinta ‘Imza’ yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Benarkah sampai ke akhirnya Imza takkan pernah menyedari kehadiran Philip manakala Imza terus berharap kepada ‘si dia’ yang takkan dapat menerimanya? Dan akhirnya kebenaran tentang ‘si dia’ menghancurkan perasaan Imza. Namun selagi Imza tidak mengetahui akan hakikat yang sebenarnya, selagi itulah Imza takkan sedar yang cinta sejatinya itu masih setia menanti.

Dan Imza mengharapkan Niffira, insan kesayangannya juga menerima kebahagiaannya sendiri sekiranya kebahagiaan itu datang dengan seikhlas hati.

 

Annass Nurazmi merupakan nama pena bagi Wan Mahiran Wan Mohamad.

Beliau menetap di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah, Kelantan.

Beliau dilahirkan pada 22 Jun 1977 di Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.

Mempunyai kelulusan Bacelor Sastera Kepujian dalam dwimajor iaitu Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu sebagai major pertama dan Kesusasteraan Melayu sebagai major kedua daripada Universiti Putra Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:





Panel Tool

Reset