KA - CINTAI AKU DENGAN RESTUNYA

RM30.00
Qty:  
ISBN: 9789671388846
Availability: In Stock

Available Options


* Extra Shipping Fee:

Karya: RAFINA ABDULLAH

ISBN: 978-967-13888-4-6

Sinopsis:

IRDIANA ~ “I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan tu.”

IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.

Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong.

“Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang.” Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.

IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat apa?

Ketika Idlan muncul semula, Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka. Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut hak dirinya sebagai tunang.

“Pada abang, cincin tu sebagai bukti pertunangan kita belum putus.” Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!

“Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin.”

Ketegasan Ika tak bertahan lama apabila akur dengan perasaan sendiri. Idlan tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan jadi huru-hara. Perasaannya bercampur antara simpati dan cinta.

Rafina Abdullah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:





Panel Tool

Reset