Terma dan Syarat Penerbitan

Anda mempunyai buah fikiran, idea, dan bakat untuk berkarya?

 

Manuskrip juga telah siap & sudah dikarang melengkapi syarat seperti yang diminta oleh penerbit?   

 

TETAPI..

 

Anda tidak tahu ke mana, dengan siapa, dan bagaimana untuk menjadikan impian dan karya anda itu dicetak  dan diterbitkan? Ternyata memang ramai yang masih bingung dan mencari-cari penerbit untuk menghantar karya mereka.  


Kami di OCTOBER boleh membantu anda sekiranya ANDA..

 

1.  Mempunyai manuskrip penuh berketebalan minimum 450 muka surat sehingga maksimum 700 muka surat menggunakan saiz kertas A4.  

2.  Menaip manuskrip menggunakan format Microsoft Word; font bersaiz 12, berhuruf Times New Roman dan dilangkau 1.5 baris.  

3.  Melengkapkan manuskrip dengan mesej yang padat, bermoral, ekspresif, mempunyai aspek agama, persahabatan dan tidak dimuat turun atau diambil atau diciplak dari mana-mana karya penerbit dan penulis lain.  

4.  Menghindar dari isu-isu sensitif dalam negara seperti perkauman, politik, seks (18SX, 18SG dan lain-lain), mempersendakan undang-undang dan agama.   

5.  Menekankan genre utama manuskrip yang berasaskan cinta – bagaimanapun pengkarya bebas memasukkan penulisan berunsur kekeluargaan, thriller, seram, aksi, islamik, travelog dan sebagainya untuk memantapkan karya.  

 

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, sila emelkan manuskrip penuh anda ke manuskrip@october.my Sertakan juga sinopsis cerita, nama penuh, nama pena, nombor telefon dan  alamat anda untuk kami hubungi.  

 

Manuskrip anda akan dinilai oleh penilai kami dalam masa empat minggu. Pihak kami akan menghubungi anda  sama ada manuskrip diterima, ditolak, atau anda perlu merombak dan menambahbaikkan cerita.  

 

Sekiranya anda belum menerima apa-apa maklum balas dari kami dalam masa yang telah kami janjikan iaitu  empat minggu, anda boleh membuat semakan atau pertanyaan melalui email manuskrip@october.my berkenaan manuskrip anda.  

 

Selamat menulis! Semoga kami dapat membantu anda terus berkarya..

 

Borang Hantar Manuskrip

Klik sini untuk borang hantar manuskrip

Panel Tool

Reset